AL QURAN KAREEM

AL QURAN KAREEM
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU

Wednesday, March 31, 2010

SUKARELAWAN PENDIDIKAN RAKYAT (KAWAN) DILANCAR

Dana Pendidikan PAS sasar kumpul RM1 juta


Majdan Yahya

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Dana Pendidikan PAS mensasarkan untuk mengumpul RM1 juta bagi membantu pembiayaan para pelajar dan prasarana sekolah agama rakyat (SAR).


Dato'' Ustaz Abu Bakar Chik - AJK PAS Pusat 

Timbalan Pengerusi Lembaga Amanahnya, Datuk Abu Bakar Chik berkata, objektif penubuhan dana itu untuk membantu SAR dalam usaha melahirkan para ulama dan petugas parti.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29721:dana-pendidikan-pas-sasar-kumpul-rm1-juta&catid=1:utama&Itemid=50

PAS lancar Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN)
oleh Wartawan IT

SHAH ALAM, 28 Mac - Atas dasar tanggungjawab menangani masalah pendidikan masyarakat dan gejala sosial melalui khidmat nasihat dan runding cara, PAS tampil mengambil tanggungjawab bagi menangani gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat hari ini.



















Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Ketua Lajnah Pendidikan PAS Pusat

Oleh hal yang demikian, Lajnah Pendidikan PAS Pusat (LPPP) telah melancarakan satu Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) bagi menjayakan tugas amar maaruf nahi mungkar ini petang tadi oleh Pengerusinya, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.

Pelancaran yang dibuat dalam Konvensyen Guru-guru Wanita Islam Malaysia itu bermatlamatkan perlaksanakan tugas amal makruf dan nahi mungkar melalui pendidikan dan undang-undang.

Abu Bakar Chik dalam dalam ucapannya berkata, PAS sebagai sebuah gerakan dan parti politik PAS telah mengambil langkah–langkah dalam menangani pilihan raya semenjak 1995 lagi.

Sejajar dengan juga usaha–usaha itu juga, PAS secara serius di peringkat pusat negeri dan kawasan menyusun atur urusan amal makruf nahi mungkar ini sebagai tunggak kepada amal islami dan mesti dilakukan secara berterusan.


KAWAN dalam menangani gejala jenayah, vandalisme dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta melahirkan masyarakat yang saling nasihat menasihati akan menggerakkan masyarakat, guru dan petugas parti dalam melaksanakan matlamat dan misinya mengikut strategi dan modus operandi kes yang berlaku.

Tambahnya, beliau berharap KAWAN yang membawa slogan “ad-Deenu an-Nashihah” itu dapat ditubuhkan seberapa segera di semua negeri dan menjadi salah satu daripada badan sosial Parti Islam SeMalaysia yang mendidik massa.

Tuesday, March 30, 2010

APCO : PERSAMAAN 1 MALAYSIA DENGAN 1 ISRAEL

Gantung: Ekonomi negara jahanam, Apco untung


Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tindakan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga yang lain akhirnya akan menjahanamkan ekonomi negara dan menguntungkan Apco Worldwide, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS / AP Pokok Sena

Katanya, Anwar (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah sebahagian dari Ahli Parlimen yang merupakan penggubal dasar dan undang-undang negara.



YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang / AP Permatang Pauh




YB Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR / AP Gombak



YB Sivarasa Rasiah - AP Subang / Ahli MPP PKR




YB Karpal Singh - Pengerusi DAP / AP Tasek Gelugor

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29963:gantung-ekonomi-negara-jahanam-apco-untung&catid=1:utama&Itemid=50

Gantung Anwar tambah sokongan kepada Pakatan - Nasharudin


Hafiz Baqi


KEMAMAN, 4 Dis: Pengantungan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat akan menambahkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.


YB Ustaz Nasharudin Mat Isa - Timbalan Presiden PAS


Beliau menegaskan tindakan itu tidak sekali-kali akan menjadikan PR lemah.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29688:gantung-anwar-tambah-sokongan-kepada-pakatan-nasharudin&catid=1:utama&Itemid=50



Keputusan gantung luar biasa - Anwar
Aziz Muda

PETALING JAYA, 3 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penggantungannya daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan jika berkuatkuasa hari ini adalah luar biasa.


YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang / Ketua Umum PKR

Ini, katanya kerana keputusan tersebut berkaitan dengan isu Apco yang sepatutnya dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang memerlukan beliau dipanggil untuk memberi keterangan dan membela diri.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak pernah dipanggil untuk berbuat demikian tetapi keputusan tersebut dibuat berdasarkan ucapannya semasa perbahasan di Dewan Rakyat.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29678:keputusan-gantung-luar-biasa-anwar&catid=1:utama&Itemid=50

Sidang Video : http://www.youtube.com/watch?v=67x18MkB3tY

KENAIKAN HARGA BARANG ADA KAITAN DENGAN APCO - KETUA PEMBANGKANG

Datuk Seri Anwar Ibrahim 

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27645:-ambil-wang-rakyat-untuk-bayar-apco-anwar&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

KERAJAAN DIDESAK HALAU APCO JIKA SERIUS :

http://www.youtube.com/watch?v=1PGfMfvkNzU


ANWAR DIHADAP KE JK HAK DAN KEBEBASAN DEWAN : 8 JUN 2010
























http://www.malaysiakini.com/news/131978

PENGUNDI HULU SELANGOR : INGAT DARAH DAN AIR MATA RAKYAT PELASTIN

KUALA LUMPUR, 24 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) memohon semua pengundi di Hulu Selangor esok supaya tidak melupai darah dan air mata rakyat Palestin yang dijajah Yahudi zionis termasuk di dalam APCO Worldwide.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26239:mengundi-ingat-darah-air-mata-rakyat-palestin&catid=1:utama&Itemid=50




















PAS MINTA MAJLIS RAJA-RAJA CAMPUR TANGAN UNTUK MEMBATALKAN PERJANJIAN KERAJAAN DENGAN APCO :

YOU TUBE : http://www.malaysiakini.tv/video/18920/apco-pas-gesa-majlis-raja-raja-campurtangan.html

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25883:apco-pas-rayu-majlis-raja-raja-campurtangan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124


PAS SERAH MEMO KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG :
























YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa,Timbalan Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 5 April: Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.


Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25876:-apco-mp-pas-serah-memo-kepada-agung-hari-ini&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124


NAJIB PATUT JAWAB APCO BUKAN SERANG SAYA - ANWAR
















DSAI

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25822:najib-perlu-jawab-siapa-apco-buat-apa-serang-saya-anwar&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

KERAJAAN TAKUT - MAHFUZ :

KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan disifatkan sebagai takut untuk menjelasakan isu APCO apabila mengambil tindakan merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tanpa membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25817:rujuk-anwar-kerajaan-takut-isu-apco&catid=1:utama&Itemid=50


ANWAR DIHADAP KE JK HAK DAN KEBEBASAN DEWAN :

KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan hari ini untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia kerana mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25815:kerajaan-hadapkan-anwar-ke-jk-hak-dan-kebebasan-parlimen&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

APCO : SYARIKAT YAHUDI YANG MELANCARKAN 1 MALAYSIA

























YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25780:-apco-perjanjian-dibuat-sebelum-konsep-1malaysia-dilancarkan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Bah 1 : http://www.youtube.com/watch?v=eBQfzKoiL-s

Bah 2 : http://www.youtube.com/watch?v=cruPYXvkQeU

Bah 3 : http://www.youtube.com/watch?v=NBofbbg7YE0

Bah 4 : http://www.youtube.com/watch?v=z2xl8bIx9vk

























Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

 Bah 1 : http://www.youtube.com/watch?v=ASfM4b81-Fo

Bah 2 : http://www.youtube.com/watch?v=SEyOqAWTV7w

Sunday, March 28, 2010

SEJARAH PAS

PRESIDEN DAN YANG DIPERTUA AGUNG PAS :

TUAN GURU DATO' SERI HJ ABDUL HADI HJ AWANG - 2002 - KINI (PRESIDEN KE-7)



AL MARHUM DATO' HJ FADZIL MOHD NOOR - 1989 - 2002 (PRESIDEN KE-6)




ALMARHUM TUAN GURU HJ YUSUF RAWA - 1982 - 1989 (YANG DIPERTUA AGUNG KE-5)
























ALLAHYARHAM TAN SRI DATO' ASRI HJ MUDA - 1969 - 1982 (YANG DIPERTUA AGUNG KE- 4)



ALLAHYARHAM DR BUHANUDDIN MOHD NOOR (AL HELMI) - 1956- 1969 (YANG DIPERTUA AGUNG KE-3)



ALLAHYARHAM DR HJ ABAS HJ ILIAS - 1953 - 1956 (YANG DIPERTUA AGUNG KE-2)



AL MARHUM TUAN GURU HJ AHMAD FUAD HASSAN - 1951 - 1953 (YANG DIPERTUA AGUNG PERTAMA)

Tuesday, March 23, 2010

KEBIADAPAN AKHBAR-AKHBAR BARAT - PRESIDEN PAS

Sekitar Bantahan Di Kedutaan Sweden :
http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=3123















500 berkumpul di Kedutaan Sweden Bantah Akhbar Hina Nabi :
http://www.youtube.com/watch?v=7KujEEHrcKg

Biadabnya akhbar Sweden siar lakaran tubuh Nabi umpama anjing : Demontrasi 1 juta ummah 26 Mac 2010


Posted on Tuesday, March 23 @ 05:49:06 PDT by paktam

























Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS

Umat Islam pada ketika ini sedang diuji dengan beberapa isu yang mencabar maruah dan kesucian agama. Sekali lagi sensitiviti umat Islam telah diusik dengan tindakan tiga buah akhbar Sweden yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Kebiadapan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet yang menyiarkan lakaran tubuh rasul seperti seekor anjing dibuat tanpa segan silu atas nama kebebasan bersuara.

Ini memberikan gambaran bahawa mereka tidak mengambil iktibar daripada bantahan umat Islam terhadap akhbar Denmark, Jyllands-Posten lima tahun yang lalu.

PAS memandang serius penghinaan yang dibuat ini kerana ia merupakan kesilapan yang berulang dan menunjukkan sikap media di negara-negara Barat yang tidak pernah serik mengundang kemarahan umat Islam. Tindakan menghina Nabi Muhammad merupakan satu penghinaan kepada agama Islam itu sendiri serta para penganutnya.

Dalam perkembangan yang lain, pada ketika ini perhatian umat Islam juga diseret untuk melihat isu yang sedang berlaku di bumi Palestin. Di mana pihak pemerintah Zionis telah mengisytiharkan pembukaan sebuah kuil yang terletak berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa di sebelah barat.

Perasmian kuil yang dinamakan Al-Kharab itu adalah satu tindakan yang mencabar umat Islam agar lebih serius untuk mempertahankan kesucian kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Lebih-lebih lagi setelah pasukan bersenjata Zionis Israel bertindak melampui batas dengan menceroboh Masjid al-Aqsa dan menyerang orang awam di kawasan suci tersebut baru-baru ini.

Perlu diketahui bahawa pembinaan kuil Al-Kharab itu adalah sebagai permulaan kerja-kerja pihak musuh untuk meluaskan tempat-tempat ibadat dan syiar agama mereka di sekitar Baitulmaqdis.

Bahkan mereka tanpa berselindung telah menyatakan bahawa pembinaan kuil Al-Kharab adalah isyarat awal untuk membina kuil utama iaitu Haikal Sulaiman setelah diruntuhkan Masjid al-Aqsa.

Umat Islam mesti menyuarakan penentangan dan bantahan terhadap kedua-dua isu yang mencabar maruah agama ini.

Kerana itu, PAS menyatakan sokongan yang padu kepada inisiatif Pemuda PAS Pusat untuk menyuarakan bantahan pada Jumaat ini (26 Mac 2010) terhadap akhbar-akhbar Sweden yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan kebiadapan regim Zionis yang mencerobohi kesucian bumi Baitulmaqdis.

Saya juga menyeru agar umat Islam di negara ini turut serta menyatakan sokongan dan bantahan dalam demonstrasi aman tersebut bagi mempertahankan maruah dan kehormatan Islam.

7 Rabiul Akhir 1431/ 23 Mac 2010

Monday, March 22, 2010

PENYELEWENGAN DALAM GLC DI KEDAH

Kerajaan terikat dengan perjanjian dan sambung 'liability' ikut peraturan terdahulu.

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Posted on Monday, March 22 @ 00:50:38 PDT by paktam

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu bahawa sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Mohd Puat Haji Mohd Ali telah dibentuk bagi mengkaji perkembangan anak-anak syarikat kerajaan negeri atau GLC (Government Link Company) di Kedah.


















YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah

"Kita sudah berbincang mengenai penilaian GLC di Kedah, ada yang baik, ada yang sederhana dan ada yang lemah masih bergantung sepenuhnya kepada kerajaan," katanya.

Di Kedah, terdapat 120 GLC dan daripada jumlah ini terdapat GLC yang tahap penilaiannya terlampau rendah, bercanggah dengan prinsip pengurusan perniagaan serta tidak ikut peraturan undang-undang iaitu terkeluar dari Akta Syarikat.

Kadang-kadang GLC yang lemah ini tidak sampai sasaran dan kajian semula terpaksa dibuat untuk melakukan penyusunan semula.

Antara ahli-ahli panel dalam jawatankuasa yang ditubuhkan itu termasuklah Penasihat Undang-Undang Negeri, Anas Ahmad Zakie dan bekas Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Wira Syed Zain Syed Abdullah.

Jawatankuasa ini akan melakukan kajian dengan pergi kepada GLC induk untuk mengenalpasti punca kelemahan anak syarikat di bawahnya bagi tujuan penambahbaikan.

Satu lagi faktor penting yang mendorong kepada kewujudan jawatankuasa itu ialah berikutan terma-terma dan syarat dalam perjanjian yang dibuat antara GLC dengan pihak kedua; sama ada syarikat rakan kongsi atau pembekal, didapati lebih menyebelahi pihak tersebut berbanding GLC atau kerajaan negeri sendiri.

Kerajaan negeri sendiri pernah 'terperangkap' dengan perjanjian yang dibuat dengan syarikat swasta. Perjanjian ditandatangani di zaman BN dahulu dan kerajaan sekarang pula yang terpaksa menanggung perjanjian 'berat sebelah' itu.

Misalnya perjanjian penswastaan air antara Jabatan Bekalan Air Kedah dengan Teleworks Sdn Bhd yang menguruskan air di Langkawi ternyata merugikan kerajaan negeri setiap tahun. Pada tahun 2009 sahaja kerajaan terpaksa membayar kepada syarikat swasta itu RM39 juta sedangkan kutipan hasil air di Langkawi hanya sebanyak RM14 juta, bermakna kerajaan terpaksa 'top up' sebanyak RM25! Duit itu adalah duit rakyat yang tidak sepatutnya digunakan untuk membela syarikat korporat, namun kerajaan kini terikat dengan perjanjian yang tidak munasabah itu.

Begitu juga perjanjian dengan syarikat Utara Indah Sdn Bhd yang diberi tugas merawat air di loji Pelubang, Jitra. Bayaran dibuat berdasarkan kapasiti air yang dirawat bukannya kapasiti air yang sampai kepada pengguna. Hakikatnya kapasiti air yang sampai kepada pengguna hanya kira-kira 55 peratus. Bermakna kerajaan hanya 'menderma' kepada syarikat tersebut untuk kerja merawat baki 45 peratus air yang tidak sampai kepada pengguna. Tiada siapa boleh mempertikaikan 'derma tidak ikhlas' kerajaan itu kerana ia sudah termaktub dalam perjanjian. Rakyat juga yang menanggung rugi kerana duit kerajaan adalah duit rakyat.

Contoh lain ialah perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Syarikat Kemelong Sdn Bhd yang mengusahakan kuari di Gunong Jerai. Sewaktu jadi pembangkang PAS bersama dengan NGO yang memperjuangkan alam sekitar membantah projek tersebut kerana di samping merosakkan sistem ekologi, memusnahkan kawasan tadahan air, ia juga membawa bencana dan kemudharatan kepada penduduk tempatan. Penduduk membantah.

Malangnya apabila PAS memegang tampuk kuasa, projek tersebut tidak dapat dibatalkan dengan mudah lantaran kerajaan diikat dengan perjanjian yang dibuat. Kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM40 juta jika mahu membatalkan projek. Jumlah tersebut terlalu besar jika ditukarkan dalam bentuk kebajikan untuk rakyat.

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid tiba-tiba mendedahkan kononnya Kedah Corporation Bhd telah mengalami kerugian kira-kira RM4 juta ekoran kegagalan menguruskan projek pembalakan di Papua New Guinea selain mengimport daging lembu segar dari Australia untuk dieksport ke Indonesia.

Setakat ini pihak Kedah Corporation belum memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut. Tidak pula dipastikan sama ada projek tersebut masih berjalan atau ditangguhkan. Difahamkan proses perundingan dan operasi masih berjalan. Belum ada apa-apa tindakan muktamad. Jadi bagaimana bekas menteri besar itu sudah boleh membuat audit bahawa ia telah mengalami kerugian?

Rugi dalam perniagaan bukan satu kesalahan. Ia mungkin kesilapan atau risiko. Kesilapan juga boleh diakibatkan oleh terma dan syarat perjanjian yang berat sebelah, seperti yang banyak berlaku di bawah pemerintahan BN. Jenayah dalam perniagaan ialah jika pengurusnya melakukan penyelewengan atau pecah amanah.

Tiada kompromi atau kemaafan dalam isu seperti itu.

Jika benar berlaku penyelewengan dalam Kedah Corporation maka kerajaan pimpinan Ustaz Azizan tidak akan membiarkannya. Penyeleweng akan diseret ke muka pengadilan. Itu dasar Islam yang diamalkan kerajaan PAS. Tapi dalam isu Kedah Corporation, ia belum sampai ke tahap itu. RM4 juta mungkin merupakan jumlah modal yang dilaburkan bukan kerugian.

Sejak memerintah hampir dua tahun kerajaan tidak wujudkan GLC baru seperti tuduhan yang sering dilemparkan pihak pembangkang tetapi meneruskan GLC yang sedia ada. Ini kerana kerajaan terikat dengan perjanjian dan sambung 'liability' ikut peraturan terdahulu.

Bagaimanapun serangan membuta tuli ketua pembangkang itu tidak boleh dipersalahkan. Mereka baru dua tahun jadi pembangkang. Ibarat lembu baru tumbuh tanduk. Jumpa apa di depan mata, semua mahu disondol. Bagus juga, sekurang-kurangnya mereka mencuba jadi pembangkang, termasuk mengadakan perhimpunan haram di sana sini. 'Good try!'
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6685

Sunday, March 21, 2010

SLOGAN 1 MALAYSIA TIDAK BERGUNA : BN MENUJU KEHANCURAN

BN MENUJU KEHANCURAN - HJ HADI
















     YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang,Presiden PAS

KEPALA BATAS, 21 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan apa gunanya slogan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sedangkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sedang menuju kehancuran.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25612:apa-guna-1malaysia-sedangkan-bn-menuju-kehancuran&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Monday, March 15, 2010

10 PELAJAR TERBAIK SPM TAMPARAN BUAT MUHYIDDIN,SBT

KEPUTUSAN SPM HANYA 2 PELAJAR TERBAIK DAN 3 SEKOLAH TERBAIK DARIPADA SENARAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) - LIM KIT SIANG.


YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI / MENTERI PELAJARAN

KUALA LUMPUR: Senarai 10 pelajar terbaik dan 10 sekolah terbaik bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 merupakan satu tamparan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin berhubung Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang dimumkan beliau Januari lalu, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.


YB LIM KIT SIANG, PENASIHAT DAP

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6608

HABIBAH HANAN PELAJAR CEMERLANG SPM PERINGKAT KEBANGSAAN:

























KOTA BHARU: “Saya jadikan Nik Nur Madihah sebagai idola untuk berjaya dan hasilnya terbukti sebaik mendapat keputusan cemerlang 15A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam,” kata Habibah Hanan Mat Yusoff, 18.
http://pinkturtle2.wordpress.com/

PIMPINAN DAN PAKATAN RAKYAT DIBERI INGAT
























RAKYAT AKAN TOLAK PR JIKA PEMIMPINNYA LUPA DIRI - MOHAMED SABU

KOTA SARANG SEMUT: Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat dan pemimpinnya lupa diri setelah diberi peluang memerintah Malaysia, maka ketika itu rakyat perlu menggunakan kuasa dan hak yang ada untuk menolak mereka.


http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6611

Sunday, March 7, 2010

ULANGTAHUN PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT
























CERAMAH ULANGTAHUN KE-2 PAKATAN RAKYAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN DISERBU POLIS:
http://www.youtube.com/watch?v=XlSRIx_so40

CERAMAH YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI DEWAN KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU, KUALA  LUMPUR :

VIDEO I : http://www.youtube.com/watch?v=dZBYaJjVMrw

VIDEO II : http://www.youtube.com/watch?v=OR9NpzRzxFA

VIDEO III : http://www.youtube.com/watch?v=3ma2TA6zEnU

CERAMAH YB DATO' MAHFUZ OMAR, NAIB PRESIDEN PAS PADA SAMBUTAN PR WILAYAH :



CERAMAH YAB SDR LIM GUAN ENG, SUA DAP :


Thursday, March 4, 2010

KEPENATAN OLEH KEPADATAN PROGRAM TUAN GURU NIK AZIZ BEREHAT DI HOSPITAL USM

YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU, 4 Mac: Menteri Besar tidak hadir menyambut keberangkatan pulang Sultan Kelantan dari Singapura hari ini disebabkan beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sejak petang semalam.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25334:nik-aziz-dirawat-di-hospital-usm&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125