Sekitar Bantahan Di Kedutaan Sweden :
http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=3123
500 berkumpul di Kedutaan Sweden Bantah Akhbar Hina Nabi :
http://www.youtube.com/watch?v=7KujEEHrcKg
Biadabnya akhbar Sweden siar lakaran tubuh Nabi umpama anjing : Demontrasi 1 juta ummah 26 Mac 2010
Posted on Tuesday, March 23 @ 05:49:06 PDT by paktam
Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS
Umat Islam pada ketika ini sedang diuji dengan beberapa isu yang mencabar maruah dan kesucian agama. Sekali lagi sensitiviti umat Islam telah diusik dengan tindakan tiga buah akhbar Sweden yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Kebiadapan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet yang menyiarkan lakaran tubuh rasul seperti seekor anjing dibuat tanpa segan silu atas nama kebebasan bersuara.
Ini memberikan gambaran bahawa mereka tidak mengambil iktibar daripada bantahan umat Islam terhadap akhbar Denmark, Jyllands-Posten lima tahun yang lalu.
PAS memandang serius penghinaan yang dibuat ini kerana ia merupakan kesilapan yang berulang dan menunjukkan sikap media di negara-negara Barat yang tidak pernah serik mengundang kemarahan umat Islam. Tindakan menghina Nabi Muhammad merupakan satu penghinaan kepada agama Islam itu sendiri serta para penganutnya.
Dalam perkembangan yang lain, pada ketika ini perhatian umat Islam juga diseret untuk melihat isu yang sedang berlaku di bumi Palestin. Di mana pihak pemerintah Zionis telah mengisytiharkan pembukaan sebuah kuil yang terletak berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa di sebelah barat.
Perasmian kuil yang dinamakan Al-Kharab itu adalah satu tindakan yang mencabar umat Islam agar lebih serius untuk mempertahankan kesucian kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Lebih-lebih lagi setelah pasukan bersenjata Zionis Israel bertindak melampui batas dengan menceroboh Masjid al-Aqsa dan menyerang orang awam di kawasan suci tersebut baru-baru ini.
Perlu diketahui bahawa pembinaan kuil Al-Kharab itu adalah sebagai permulaan kerja-kerja pihak musuh untuk meluaskan tempat-tempat ibadat dan syiar agama mereka di sekitar Baitulmaqdis.
Bahkan mereka tanpa berselindung telah menyatakan bahawa pembinaan kuil Al-Kharab adalah isyarat awal untuk membina kuil utama iaitu Haikal Sulaiman setelah diruntuhkan Masjid al-Aqsa.
Umat Islam mesti menyuarakan penentangan dan bantahan terhadap kedua-dua isu yang mencabar maruah agama ini.
Kerana itu, PAS menyatakan sokongan yang padu kepada inisiatif Pemuda PAS Pusat untuk menyuarakan bantahan pada Jumaat ini (26 Mac 2010) terhadap akhbar-akhbar Sweden yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan kebiadapan regim Zionis yang mencerobohi kesucian bumi Baitulmaqdis.
Saya juga menyeru agar umat Islam di negara ini turut serta menyatakan sokongan dan bantahan dalam demonstrasi aman tersebut bagi mempertahankan maruah dan kehormatan Islam.
7 Rabiul Akhir 1431/ 23 Mac 2010
Tuesday, March 23, 2010
Monday, March 22, 2010
PENYELEWENGAN DALAM GLC DI KEDAH
Kerajaan terikat dengan perjanjian dan sambung 'liability' ikut peraturan terdahulu.
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Posted on Monday, March 22 @ 00:50:38 PDT by paktam
Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu bahawa sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Mohd Puat Haji Mohd Ali telah dibentuk bagi mengkaji perkembangan anak-anak syarikat kerajaan negeri atau GLC (Government Link Company) di Kedah.
YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah
"Kita sudah berbincang mengenai penilaian GLC di Kedah, ada yang baik, ada yang sederhana dan ada yang lemah masih bergantung sepenuhnya kepada kerajaan," katanya.
Di Kedah, terdapat 120 GLC dan daripada jumlah ini terdapat GLC yang tahap penilaiannya terlampau rendah, bercanggah dengan prinsip pengurusan perniagaan serta tidak ikut peraturan undang-undang iaitu terkeluar dari Akta Syarikat.
Kadang-kadang GLC yang lemah ini tidak sampai sasaran dan kajian semula terpaksa dibuat untuk melakukan penyusunan semula.
Antara ahli-ahli panel dalam jawatankuasa yang ditubuhkan itu termasuklah Penasihat Undang-Undang Negeri, Anas Ahmad Zakie dan bekas Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Wira Syed Zain Syed Abdullah.
Jawatankuasa ini akan melakukan kajian dengan pergi kepada GLC induk untuk mengenalpasti punca kelemahan anak syarikat di bawahnya bagi tujuan penambahbaikan.
Satu lagi faktor penting yang mendorong kepada kewujudan jawatankuasa itu ialah berikutan terma-terma dan syarat dalam perjanjian yang dibuat antara GLC dengan pihak kedua; sama ada syarikat rakan kongsi atau pembekal, didapati lebih menyebelahi pihak tersebut berbanding GLC atau kerajaan negeri sendiri.
Kerajaan negeri sendiri pernah 'terperangkap' dengan perjanjian yang dibuat dengan syarikat swasta. Perjanjian ditandatangani di zaman BN dahulu dan kerajaan sekarang pula yang terpaksa menanggung perjanjian 'berat sebelah' itu.
Misalnya perjanjian penswastaan air antara Jabatan Bekalan Air Kedah dengan Teleworks Sdn Bhd yang menguruskan air di Langkawi ternyata merugikan kerajaan negeri setiap tahun. Pada tahun 2009 sahaja kerajaan terpaksa membayar kepada syarikat swasta itu RM39 juta sedangkan kutipan hasil air di Langkawi hanya sebanyak RM14 juta, bermakna kerajaan terpaksa 'top up' sebanyak RM25! Duit itu adalah duit rakyat yang tidak sepatutnya digunakan untuk membela syarikat korporat, namun kerajaan kini terikat dengan perjanjian yang tidak munasabah itu.
Begitu juga perjanjian dengan syarikat Utara Indah Sdn Bhd yang diberi tugas merawat air di loji Pelubang, Jitra. Bayaran dibuat berdasarkan kapasiti air yang dirawat bukannya kapasiti air yang sampai kepada pengguna. Hakikatnya kapasiti air yang sampai kepada pengguna hanya kira-kira 55 peratus. Bermakna kerajaan hanya 'menderma' kepada syarikat tersebut untuk kerja merawat baki 45 peratus air yang tidak sampai kepada pengguna. Tiada siapa boleh mempertikaikan 'derma tidak ikhlas' kerajaan itu kerana ia sudah termaktub dalam perjanjian. Rakyat juga yang menanggung rugi kerana duit kerajaan adalah duit rakyat.
Contoh lain ialah perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Syarikat Kemelong Sdn Bhd yang mengusahakan kuari di Gunong Jerai. Sewaktu jadi pembangkang PAS bersama dengan NGO yang memperjuangkan alam sekitar membantah projek tersebut kerana di samping merosakkan sistem ekologi, memusnahkan kawasan tadahan air, ia juga membawa bencana dan kemudharatan kepada penduduk tempatan. Penduduk membantah.
Malangnya apabila PAS memegang tampuk kuasa, projek tersebut tidak dapat dibatalkan dengan mudah lantaran kerajaan diikat dengan perjanjian yang dibuat. Kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM40 juta jika mahu membatalkan projek. Jumlah tersebut terlalu besar jika ditukarkan dalam bentuk kebajikan untuk rakyat.
Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid tiba-tiba mendedahkan kononnya Kedah Corporation Bhd telah mengalami kerugian kira-kira RM4 juta ekoran kegagalan menguruskan projek pembalakan di Papua New Guinea selain mengimport daging lembu segar dari Australia untuk dieksport ke Indonesia.
Setakat ini pihak Kedah Corporation belum memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut. Tidak pula dipastikan sama ada projek tersebut masih berjalan atau ditangguhkan. Difahamkan proses perundingan dan operasi masih berjalan. Belum ada apa-apa tindakan muktamad. Jadi bagaimana bekas menteri besar itu sudah boleh membuat audit bahawa ia telah mengalami kerugian?
Rugi dalam perniagaan bukan satu kesalahan. Ia mungkin kesilapan atau risiko. Kesilapan juga boleh diakibatkan oleh terma dan syarat perjanjian yang berat sebelah, seperti yang banyak berlaku di bawah pemerintahan BN. Jenayah dalam perniagaan ialah jika pengurusnya melakukan penyelewengan atau pecah amanah.
Tiada kompromi atau kemaafan dalam isu seperti itu.
Jika benar berlaku penyelewengan dalam Kedah Corporation maka kerajaan pimpinan Ustaz Azizan tidak akan membiarkannya. Penyeleweng akan diseret ke muka pengadilan. Itu dasar Islam yang diamalkan kerajaan PAS. Tapi dalam isu Kedah Corporation, ia belum sampai ke tahap itu. RM4 juta mungkin merupakan jumlah modal yang dilaburkan bukan kerugian.
Sejak memerintah hampir dua tahun kerajaan tidak wujudkan GLC baru seperti tuduhan yang sering dilemparkan pihak pembangkang tetapi meneruskan GLC yang sedia ada. Ini kerana kerajaan terikat dengan perjanjian dan sambung 'liability' ikut peraturan terdahulu.
Bagaimanapun serangan membuta tuli ketua pembangkang itu tidak boleh dipersalahkan. Mereka baru dua tahun jadi pembangkang. Ibarat lembu baru tumbuh tanduk. Jumpa apa di depan mata, semua mahu disondol. Bagus juga, sekurang-kurangnya mereka mencuba jadi pembangkang, termasuk mengadakan perhimpunan haram di sana sini. 'Good try!'
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6685

Sunday, March 21, 2010
SLOGAN 1 MALAYSIA TIDAK BERGUNA : BN MENUJU KEHANCURAN
BN MENUJU KEHANCURAN - HJ HADI
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang,Presiden PAS
KEPALA BATAS, 21 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan apa gunanya slogan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sedangkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sedang menuju kehancuran.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25612:apa-guna-1malaysia-sedangkan-bn-menuju-kehancuran&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Monday, March 15, 2010
10 PELAJAR TERBAIK SPM TAMPARAN BUAT MUHYIDDIN,SBT
KEPUTUSAN SPM HANYA 2 PELAJAR TERBAIK DAN 3 SEKOLAH TERBAIK DARIPADA SENARAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) - LIM KIT SIANG.
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6608
HABIBAH HANAN PELAJAR CEMERLANG SPM PERINGKAT KEBANGSAAN:
KOTA BHARU: “Saya jadikan Nik Nur Madihah sebagai idola untuk berjaya dan hasilnya terbukti sebaik mendapat keputusan cemerlang 15A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam,” kata Habibah Hanan Mat Yusoff, 18.
http://pinkturtle2.wordpress.com/
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI / MENTERI PELAJARAN
KUALA LUMPUR: Senarai 10 pelajar terbaik dan 10 sekolah terbaik bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 merupakan satu tamparan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin berhubung Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang dimumkan beliau Januari lalu, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.
YB LIM KIT SIANG, PENASIHAT DAP
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6608
HABIBAH HANAN PELAJAR CEMERLANG SPM PERINGKAT KEBANGSAAN:
KOTA BHARU: “Saya jadikan Nik Nur Madihah sebagai idola untuk berjaya dan hasilnya terbukti sebaik mendapat keputusan cemerlang 15A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam,” kata Habibah Hanan Mat Yusoff, 18.
http://pinkturtle2.wordpress.com/
PIMPINAN DAN PAKATAN RAKYAT DIBERI INGAT
RAKYAT AKAN TOLAK PR JIKA PEMIMPINNYA LUPA DIRI - MOHAMED SABU
KOTA SARANG SEMUT: Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat dan pemimpinnya lupa diri setelah diberi peluang memerintah Malaysia, maka ketika itu rakyat perlu menggunakan kuasa dan hak yang ada untuk menolak mereka.
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6611
Sunday, March 7, 2010
ULANGTAHUN PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT
CERAMAH ULANGTAHUN KE-2 PAKATAN RAKYAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN DISERBU POLIS:
http://www.youtube.com/watch?v=XlSRIx_so40
CERAMAH YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI DEWAN KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU, KUALA LUMPUR :
VIDEO I : http://www.youtube.com/watch?v=dZBYaJjVMrw
VIDEO II : http://www.youtube.com/watch?v=OR9NpzRzxFA
VIDEO III : http://www.youtube.com/watch?v=3ma2TA6zEnU
CERAMAH YB DATO' MAHFUZ OMAR, NAIB PRESIDEN PAS PADA SAMBUTAN PR WILAYAH :
CERAMAH YAB SDR LIM GUAN ENG, SUA DAP :
VIDEO II : http://www.youtube.com/watch?v=qLM3x50e6No
VIDEO III : http://www.youtube.com/watch?v=egccHGA77uM
Thursday, March 4, 2010
KEPENATAN OLEH KEPADATAN PROGRAM TUAN GURU NIK AZIZ BEREHAT DI HOSPITAL USM
YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU, 4 Mac: Menteri Besar tidak hadir menyambut keberangkatan pulang Sultan Kelantan dari Singapura hari ini disebabkan beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sejak petang semalam.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25334:nik-aziz-dirawat-di-hospital-usm&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125
Subscribe to:
Posts (Atom)