AL QURAN KAREEM

AL QURAN KAREEM
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU

Wednesday, April 21, 2010

PENDEDAHAN ANWAR SATU MALAYSIA ONE ISRAEL

ANWAR DIRUJUK KEPADA JK HAK DAN KEBEBASAN DEWAN RAKYAT :



















YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR, 22 April: Dewan Rakyat ketika ini sedang dihangatkan dengan perbahasan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26193:parlimen-hangat-bahas-usul-rujuk-anwar-ke-jk-hak-dan-kebebasan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
 
Bercakap di pentas yang sama, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS berjanji seluruh Ahli Parlimen PAS yang lain akan terus mempertahan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana Anwar di pihak yang benar.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
YB Salahudin Ayub, AP Kubang Kerian
 
Mahfuz dalam perbahasannya tetap berpendirian ucapan Anwar yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel tidak mengandungi kenyataan yang mengelirukan dewan.


YB Dato' Mahfuz Omar, AP Pokok Sena

Ahli Parlimen PR keluar Dewan : http://www.youtube.com/watch?v=1Yan3WSnB_0

CALON PKR MEWAKILI PR DALAM PRK HULU SELANGOR

CALON : DATUK ZAID IBRAHIM

http://zaiduntukrakyat.com/




















Datuk Zaid Ibrahim

















Suasana perarakan Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon
























ZAID YAKIN RAKYAT HULU SELANGOR BERSAMANYA :

http://www.youtube.com/watch?v=OM095e3yw4k

ISU PEMINDAHAN PENGUNDI : SPR MUST BE FAIR - ZAID

http://www.malaysiakini.tv/video/19082/zaid-spr-must-be-fair.html

FITNAH TERHADAP DATUK ZAID :

KONONNYA BELIAU  KAKI BOTOL / KAKI MINUM ARAK :

TOK GURU SOKONG ZAID :

Perutusan dari Mekah - Bahaya pemikiran Umno Posted by MisbahulMunir Tuesday, April 20, 2010

Ketika keberadaan Mursyidul Am PAS selaku Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang beribadat di depan Kaabah, dan dengan lapang dada yang disegari iman sejati, atas sifat seorang pejuang agama Allah, beliau juga mengambil kesempatan menelefon saya (siang tadi, Sabtu 3 Jamadilawal/17 April)bagi menyatakan kebenaran Islam. Tuan Guru Nik Aziz sempat mengemukakan pandangan kudus bersaksikan kiblat umat Islam bertujuan mengingatkan kita semua betapa besarnya amanah menyampaikan kebenaran Islam walau di mana kita berada. Lebih-lebih lagi, natijah kenyataan itu adalah untuk menerangkan tentang bahayanya pemikiran Umno yang menguasai tampuk politik Negara hari ini.

Ikutilah curahan ilmu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah menggapai tempoh 20 tahun memacu negeri dan rakyat Kelantan, Membangun Bersama Islam berpandukan ajaran Islam yang syumul.

( Nota: Gambar ehsan http://hjarshad.blogspot.com/ )

Tolaklah perjuangan Umno, terimalah kebenaran Islam

Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),

Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada Islam. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid – rumah Allah. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup muslim sejati berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (LilLahi Rabbi ‘alami).” Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama.

Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya – terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat.

Perkara kedua yang dibuat oleh Umno adalah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi pun dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari telah menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi. Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno. Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi!

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.

Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?

Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa ‘apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.’ Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip ‘sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.’ Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.

Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik sudah tidak berdosa lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak melayu dengan hak bikan-Melayu, dikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno dengan negeri diperintah PAS. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.

Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Adam AS.

Oleh itu kembalilah kita kepada ajaran Islam, sesunguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),

Bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

Sebenanrya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Penghujung catatan

Demikianlah, catatan yang sempat saya olah untuk bacaan dan cedukan demi mengukuhkan keyakinan kita semua kepada perjuangan Islam.

Bersesuaian pula dengan musim kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, kerana di sananya pengaruh pemikiran Umno dikatakan begitu pekat. Disokong lagi dengan sekian lama pengundi di sana dipengaruhi kuasa kerajaan Umno, maka sewajarnya pengundi Hulu Selangor dapat memahami isi kandungan ilmu Tuan Guru Nik Aziz, lantas mengambil iktibar atas ilmunya itu. Semoga pengundi yang bakal mengundi 25 April nanti tidak terus terbelenggu dengan kempen kotor pihak Umno dan kuncu-kuncunya.

Dicatat oleh:

Wan Nik Wan Yussof

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

http://misabah.blogspot.com/2010/04/perutusan-dari-mekah-bahaya-pemikiran.html



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sokongan penuh kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor 25 April ini.

Nik Aziz yang kini sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah dikatakan beberapa kali berhubung dengan Zaid termasuk semasa hari penamaan calon Sabtu lalu bagi menyatakan sokongan kepada bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, Menteri Besar Kelantan itu sentiasa mengambil berat perkembangan di Hulu Selangor termasuk menghubungi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetahui situasi yang berlaku.

“Semalam (kelmarin) Tok Guru ada bertanyakan perkembangan (Hulu Selangor), beliau juga ada bercakap dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, (malah) semasa hari penamaan calon Tok Guru ada berhubung dengan Zaid dan yang terbaru dua hari lepas, dia beri sokongan penuh kepada Zaid, “katanya.

Husam yang juga Exco Kanan Kerajaan Kelantan berkata demikian ketika ditemui semasa menyampaikan kunci kepada kedai pejabat Fasa 1A, Bandar Baru Tunjung, di sini semalam.

Zaid, bekas Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu pernah mengemukakan petisyen di Mahkamah Persekutuan Untuk mendapatkan deklarasi bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah(11) 1993, Negeri Kelantan yang melibatkan peruntukkan perundangan jenayah seperti Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) adalah terbatal dan tidak sah.

Beliau mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Kelantan yang meluluskan enakmen itu kerana ia bercanggahan dengan Perkara 74 dan 8, serta Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada yang sama, Zaid kini berdepan dengan beberapa isu moral termasuk cabaran bersumpah untuk membersihkan namanya yang didakwa sebagai peminum arak tegar.

Dalam pada itu Husam berkata, Nik Aziz yang dijangka pulang ke tanah air 21 April ini akan turun berkempen ke Hulu Selangor pada 23 April, dua hari selepas pulang dari Tanah Suci bagi membantu kemenangan Zaid.

Dalam masa yang sama, Husam mengecam sikap pemimpin UMNO yang menggunakan isu peribadi Zaid untuk berkempen bagi mendapat sokongan rakyat di Hulu Selangor.

“Sebelum ini UMNO pernah lantik Zaid sebagai calon di Parlimen Kota Bharu. Perdana Menteri juga pernah melantik beliau sebagai menteri. Kenapa mereka tak bangkitkan masalah-masalah Zaid itu tapi hanya sekarang baru nak dedahkan,” katanya.S/H

SAYA SUDAH BERTAUBAT TAPI PEMIMPIN UMNO TERUS TENGGELAM DALAM KEMAKSIATAN :















http://www.youtube.com/watch?v=96JYftbcIr4

BANDINGKAN DENGAN KELAKUAN PIMPINAN UMNO :









Nilailah sendiri.

PAKATAN MAHU MERDEKAKAN PENEROKA FELDA - ANWAR

HULU SELANGOR, 24 April: Menjelang sehari hari mengundi, Pakatan Rakyat mendapat sokongan moral yang kuat apabila masyarakat Felda yang selama ini menjadi penyokong kuat Umno mula beralih arah kepada mereka.


Di Felda Sungai Tengi malam tadi, mereka mencipta sejarah apabila ribuan mereka turun menyertai majlis ceramah yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26226:pakatan-mahu-merdekakan-peneroka-anwar&catid=1:utama&Itemid=50
















HULU SELANGOR, 24 April: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah melantik Datuk Zaid Ibrahim sebagai ketua task force khas memastikan semua peneroka di negeri ini mendapat hak milik ke atas tanah yang mereka terokai sejak sekian lama.
YAB Tan Sri Datuk Khalid Ibrahim, Menteri Besar


ZAID KALAH TAPI BERBALOI :
PKR : 23 272

BN : 24 997

MAJORITI : 1 725

ROSAK : 731

PERATUS : 75.87


Tuesday, April 20, 2010

SNAP ANGGOTA KEEMPAT PAKATAN RAKYAT

SNAP SECARA RASMI MENYERTAI PAKATAN RAKYAT:

5 Jamadil Awal 1431H / 20 APRIL 2010.



















Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 Mei ini.



















Pimpinan Utama Pakatan Rakyat : YB Dato' Seri TG Hj Hadi, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Sdr Lim Kit Siang dalam satu sidang akhbar. 

Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:08 PM