AL QURAN KAREEM

AL QURAN KAREEM
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU

Sunday, November 1, 2009

DEMONTRASI DI MALAYSIA : KERA DI HUTAN DISUSUI

Peserta himpunan dibebaskan  


Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kira-kira 50 peserta himpunan 'Kembalikan Hak Air Selangor', yang mahu berarak menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara yang ditahan polis telah dibebaskan sekitar jam 6.00 petang tadi.


Tn Hj Mohamed Sabu,AJK PAS Pusat berada di tengah-tengah demontran


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29700:peserta-himpunan-dibebaskan&catid=1:utama&Itemid=50

Tidak padan polis tangkap peserta himpunan  


Nazri dan Hazayani


KUALA LUMPUR, 5 Dis: Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan polis menangkap para peserta himpunan aman membantah kenaikan harga air tidak berpadanan dengan apa yang dilakukan oleh rakyat.

Antara 70 orang yang ditangkap untuk dibawa ke balai polis


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29701:tidak-padan-polis-tangkap-peserta-himpunan&catid=1:utama&Itemid=50

Air: Rakyat rayu sokongan Agong


Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kerajaan negeri Selangor hari ini berjaya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pengambilalihan industri air oleh Kerajaan Selangor dari syarikat konsesi yang telah tertangguh lebih dua tahun lalu.


YAB Tan Sri Datuk Khalid Ibrahim - MB Selangor
Video Ucapan TS MB Selangor :  http://www.youtube.com/watch?v=pacdpqzG7LM
 http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29698:air-rakyat-rayu-sokongan-agong&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124




YB Dr Dzulkefli Ahmad,AJK PAS Pusat berucap di khalayak demontran 

Mahasiswa diseru sertai himpunan 'air rakyat'  


Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 4 Dis: Seluruh mahasiswa khususnya dari Lembah Klang dan Selangor diseru bergabung dengan Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (Permasis) dalam Perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" esok.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29696:mahasiswa-diseru-sertai-himpunan-air-rakyat&catid=1:utama&Itemid=50

Demo air: Tuntut hak bukan galak jenayah


Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR, 4 Dis: Perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" yang dirancang Kerajaan Selangor bukan mahu menggalakkan perbuatan jenayah, tetapi bagi menuntut hak rakyat.


Puan Faekah Husin - Setiausaha Politik MB Selangor

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menegaskan demikian sebagai menafikan dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah bahawa himpunan esok hanya "menggalakkan perbuatan jenayah" di kalangan masyarakat.


"Kebebasan mengadakan perhimpunan aman seperti yang termaktub mengikut Fasal 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan atas dasar ini Kerajaan Negeri telah membuka ruang kepada rakyat untuk menyatakan sokongan mereka kepada usaha mengambilalih pengurusan air dari syarikat swasta yang nyata gagal membekal air bersih dengan harga yang berpatutan," katanya.

DEMO BANTAH KENAIKAN TARIF AIR OLEH SYABAS DAN PERARAKAN KE ISTANA NEGARA DIKETUAI OLEH MB SELANGOR
5 DISEMBER 2010 (AHAD) - 12.00 TENGAHARI DI MASJID NEGARA,KL.



Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan perhimpunan menentang kenaikan harga air di negeri itu di Kuala Lumpur Ahad ini walapun polis memberikan amaran keras hari ini, kata penyelaras kempennya.



Dr Badrul Amin Baharon-Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Selangor

Badrul Amin Bahrom bagaimanapun berkata, perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara seperti yang dirancang sebelum ini bergantung kepada keadaan pada hari berkenaan.


http://www.malaysiakini.com/news/149908

Pemuda PAS sertai demo bantah kenaikan tarif air



Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS akan mengerah ahlinya menyertai perarakan bersama-sama Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air kepada Yang Di-pertuan Agong, di Istana Negara, Ahad ini.



Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi - Ketua Pemuda PAS Pusat
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, biarpun himpunan itu bertembung dengan program Jambori Amal peringkat Kebangsaan Pemuda PAS di Melaka, komitmen dan sokongan pemuda PAS tetap diberikan dengan menghantar pemuda PAS Wilayah dan Selangor.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29677:pemuda-pas-sertai-demo-bantah-kenaikan-tarif-air&catid=1:utama&Itemid=50




Anti ISA: Jurufoto polis hanya jalan tugas

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 23 Nov: Perbicaraan 29 tertuduh kes himpunan anti-ISA, 1 Ogos tahun lalu masuk hari kedua hari ini yang bermula dengan menyambung soal balas saksi pertama, Koperal Nizam Yahya, iaitu jurufoto polis Bukit Aman yang diarah mengambil gambar himpunan di sekitar Masjid Negara.


Manakala saksi kedua, Sarjan Mujni yang juga bertugas sebagai jurufoto di Bukit Aman ditugas mengambil gambar di sekitar kompleks Sogo.


Kedua-dua saksi memberitahu mahkamah, menerima arahan dari pegawai atasan untuk mengambil gambar di kawasan yang ditetapkan.


Ketika ditanya peguam, Sarjan Mujni bersetuju bahawa beliau hanya menjalankan tugas mengambil gambar dan tidak tahu apa yang sedang berlaku.


Kesemua mereka dituduh secara berasingan dengan beberapa pertuduhan, namun dibicarakan bersekali kerana pertuduhan hampir sama.


Antara pertuduhan tersebut mendakwa mereka terlibat sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang bertujuan melakukan mudarat awam, di kawasan letak kereta di belakang Masjid Negara pada jam 9 pagi, 1 Ogos lalu.


Kesalahan tersebut boleh dihukum mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (Akta 574).

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29540:anti-isa-jurufoto-polis-hanya-jalan-tugas&catid=1:utama&Itemid=50



Himpunan Bersih: Mohamad Sabu, 16 lagi dibebaskan

Hj Muhammad Sabu berucap dalam satu himpunan Pemuda PAS Besut 

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Hakim Datuk Jagjit Singh membebaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan 16 yang lain daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu.

Menurut peguam Hanipa Maidin, hakim Mahkamah Sesyen itu membebaskan mereka atas alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes mereka.

“Yang lebih menarik, hakim kata polis langgar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap tertuduh di Masjid Negara,” ujarnya dalam sms kepada Harakahdaily sebentar tadi.


YB Sdr Tian Chua ditahan polis ketika demontrasi Anti-ISA



YB Sdr Gopalakrishnan ketika ditahan polis pada hari penamaan calon PRK Permatang Pasir


DEMO : PAS UCAP TAHNIAH PADA ORANG ASLI

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada Orang Asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya semalam kerana menuntut hak mereka yang dicabul.


Orang Asli pun dah tahu hak mereka!

Sebahagian Orang Asli yang menunjuk perasaan di Putrajaya yang hendak menyerahkan memo kepada PM.



BERSIH : HIMPUNAN MENUNTUT PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL - Berarak beramai-ramai ke Istana Negara untuk mempersembahkan memorandum ke Bawah Duli Tuanku SPBYDA - 10 November 2007 : Blog : http://bersih.org/
http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/12/31/12463/

PPSMI : PERARAKAN RAKSASA 100 000 PESERTA KE ISTANA NEGARA MEMBANTAH PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS - Mempersembahkan memorandum ke Bawah Duli  Tuanku SPBYDA - 7 Mac 2009 : Blog :
http://video-politik.blogspot.com/

Sdr Abdul Razak Wahab dari PP yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dekat Bukit Beruntung Rawang ketika hendak menyertai demontrasi Mansuhkan ISA dilawati oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua DPPP dan Syed Noh Syed Ibrahim, Pengerusi GMI di hospital.

YB Dr Mujahid Yusof Rawa mengimami solat semasa berlangsungnya demontrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 lalu.

MAHKAMAH BEBASKAN 10 AKTIVIS BERSIH

KUALA LUMPUR, 4 Mei 2010 : Mahkamah Sesyen Jenayah 3 Jalan Duta di sini membebaskan 10 aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan di pekarangan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007 lepas.

No comments:

Post a Comment