AL QURAN KAREEM

AL QURAN KAREEM
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU

Monday, November 29, 2010

YANG MANA SATU PEGANGAN KITA

Ketuanan Melayu: Cadang Nik Aziz Kpd Raja



Satu Persidangan Raja-raja Melayu


 KL, 14 Dis 10: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.

 


YAB TG Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul Am PAS / MB Kelantan D.N.

Dalam kenyataan terbaru menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.


“Apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasib orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada al-Quran.


“Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku,” kata beliau yang masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Dalam hal ini, kata Menteri Besar Kelantan, ungkapan Ketuanan Melayu merupakan ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.


“Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela,” katanya lagi.



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Presiden PKR


Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Nasional PKR meminta supaya “Ketuanan Melayu” ditinggalkan.

 Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan “Ketuanan Melayu” diketepikan bagi memajukan orang Melayu.

 Dalam kenyataan hari ini juga, Nik Aziz mendakwa Umno tidak mengutamakan kepentingan soal agama Islam tetapi mengagung-agungkan ungkapan Ketuanan Melayu yang dilihat tidak memberikan sebarang faedah kepada negara terutamanya orang Melayu.


Beliau berkata jika bercakap tentang ketuanan ia mesti kembali kepada Islam, bukannya Melayu yang selama ini menjadi modal perjuangan Umno.


“Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau.


“Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah s.w.t,” soal Nik Aziz.


Beliau juga melahirkan rasa kecewa apabila ada di kalangan orang Melayu di negara ini menolak Islam.


“Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam, menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam dan bila menolak Islam ertinya menolak anugerah Allah.


“Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengetepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata slogan “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan pemimpin Umno langsung tidak menggambarkan konsep Islam apabila bergelumang dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah.


“Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu.


“Apa yang peliknya, di samping menjulang ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengetepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia,” katanya.


Oleh yang demikian, Nik Aziz mahu rakyat di negara ini berfikir secara matang sekiranya masih mahu Umno-Barisan Nasional (BN) memerintah negara.


“Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini.


“Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh ketuanan Melayu. Orang Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman.


“Hakikatnya, perjuangan ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah),” katanya. (AK):

Dipetik dari blog Ibnu Hasyim.


Ketuanan Melayu dan hipokrasi Umno


Ahmad Lutfi Othman


Tsunami politik, Mac 2008, mengundang pelbagai tafsiran. Ada menyifatkan kecenderungan mengundi rakyat Malaysia sudah tidak lagi terkepung dan terkurung dengan sentimen perkauman. Isu-isu sepanjang kempen pilihan raya ke-12 itu menjangkau persoalan sejagat sehingga istilah "politik baru", yang popular semasa pilihan raya umum 1999, kembali diperkatakan. Pengundi semakin terbuka untuk membincangkan isu-isu penting dan kritikal, sekali gus memecahkan kepompong yang sengaja diwujudkan selama ini.

http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29846:ketuanan-melayu-dan-hipokrasi-umno&catid=86:editor-harakah&Itemid=126

Mana dokumen rasmi ketuanan Melayu?


Hazayani Zakaria




YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS

 KUALA LUMPUR, 13 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29828:mana-dokumen-rasmi-ketuanan-melayu&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
ISAkan Datin Seri Wan Azizah: Tragedi Sebuah Transformasi




Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Asyik-asyik ISA! UMNO ni dah kehabisan hujjah ker? Hujjah hanya menyusun kata. Modalnya ilmu dan air liur, kenapa sampai mahu menggunakan ISA? Tangkap melulu tanpa bukti dan beri peluang membela? Saya jangka transformasi merubah segalanya, rupanya sekadar indah khabar dari rupa.



























Datuk Paduka Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Presiden PKR

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29728:isakan-datin-seri-wan-azizah-tragedi-sebuah-transformasi&catid=113:ketua-pemuda-pas&Itemid=153

KETUANAN MELAYU MENYANGGAH ISLAM - DR ASRI



Professor Madya  Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.tilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan
semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.tilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

http://www.malaysiakini.com/news/149959


KENYATAAN PRESIDEN PKR TENTANG KETUANAN MELAYU MEMALUKKAN MELAYU - NAIB PRESIDEN PPP
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=547153

Jangan Politikkan 'Ketuanan Melayu' - Anwar

http://www.youtube.com/watch?v=SxjOoVIisXc



http://www.youtube.com/watch?v=SxjOoVIisXc

Anwar: Ketuanan Melayu, hubungan tuan dan hamba

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang partinya, PKR menolak konsep Ketuanan Melayu berkata konsep itu hanya mencerminkan hubungan 'tuan' dan 'hamba'.


http://www.malaysiakini.com/news/149695


'Ketuanan Melayu untuk kaburkan Ketuanan Anwar''

Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.


http://www.malaysiakini.com/news/149648



KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN RAKYAT ATAU KETUANAN ISLAM?

Ketuanan Islam: Alternatif yang enggan difikirkan?




Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi - Ketua Pemuda PAS Pusat  
Nasrudin Hassan

1. Seusai Kongres PKR , kini UMNO dan BN seperti mendapat peluru tembaga untuk dibidik tepat ke jantung PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Biadab , kurang ajar , khianat , pelacur politik dan 1001 kata - kata kesat dihamburkan ekoran kenyataan dari presiden PKR Datin Seri Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail .


2. Saya tidak sempat menghadhiri Kongres PKR kerana menerima undangan saat akhir sedang saya telah mempunyai komitmen untuk menghadhiri Hari keluarga DPP Malaysia di Pulau Pangkor . Walau bagaimana pun saya mengikuti perkembangan dan berita mengenainya . Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada PKR dan AMK yang telah selesai berkongres semoga PKR dan AMK semakin utuh dan mantap selepas ini mendepani cabaran dan halangan perjuangan yang sukar ini .


3. Tidak puas - puas UMNO dan BN membelasah PKR . Sebelum dan selepas kongres , ada sahaja peluru baru yang dilepaskan oleh pelbagai agensi mereka untuk membunuh PKR dan sekaligus dilihat sebagai percubaan untuk melemahkan Pakatan rakyat. Terkini isu Ketuanan Melayu menjadi turning point UMNO dan BN untuk memperbaharui serangan ke atas Pakatan Rakyat .


4. Wartawan pula bertalli arus menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan saya tegaskan atas 3 point penting :

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29622:ketuanan-islam-alternatif-yang-enggan-difikirkan-&catid=113:ketua-pemuda-pas&Itemid=153



Hisham: Wan Azizah tak bertanggungjawab


Datuk Hishamudin Husein - Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kenyataan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai konsep 'Ketuanan Melayu' sebagai sangat tidak bertanggungjawab.


http://www.malaysiakini.com/news/149544


PERKASA: Dr Wan Azizah, Azmin "pelacur politik"

Arman Azha Abu Hanifah

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.


http://www.malaysiakini.com/news/149489


PKR: Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.

http://www.malaysiakini.com/news/149311

Ucapan Perasmian Presiden PKR (Bahagian I): http://www.malaysiakini.tv/video/20611/azizah-rallies-party-faithful-trashes-ketuanan-melayu.html



No comments:

Post a Comment